Karangan

Karangan Bahan Ransangan

Strategi pertama dalam penulisan karangan ialah pentafsiran bahan rangsangan, yakni kata kunci, tajuk karangan, fokus/skop karangan, dan kepanjangan karangan.
Strategi kedua ialah menulis introduksi/pendahuluan yang mantap. Pendahuluan perlu mempunyai 3 elemen: ayat rangsangan, iaitu ayat yang mengungkapkan tajuk karangan; ayat huraian, iaitu ayat yang menghuraikan tajuk karangan; dan ayat arahan, iaitu ayat yang menyatakan fokus/skop karangan.
Dalam pembinaan apa-apa jua jenis pendahuluan, ketiga-tiga jenis ayat – Ayat Rangsangan(AR), Ayat Huraian (AH), dan Ayat Arahan (AA) menjadi satu kelaziman/kemestian.
Strategi ketiga ialah pembinaan perenggan isi yang efektif dan kreatif. Terdapat 3 jenis perenggan isi – deduktifinduktif, dan deduktif-induktif.
Lazimnya, perenggan isi jenis deduktiflah yang dimanfaatkan kerana mudah dan efektif, yakni:
Deduktif = Idea  +  Huraian  +  Contoh  + Kesimpulan
Dengan kata lain, binaan perenggan isi ini terdiri daripada 4 jenis ayat, yakni ayat topik/judul(menyatakan idea/isi)  +  ayat huraian (menghuraikan idea)  +  ayat contoh (menyatakan contoh/bukti)  +  ayat penyimpul (membuat kesimpulan).
Strategi keempat dan terakhir ialah pelajar perlu mengakhiri karangan dengan suatu rumusan/ kesimpulan yang mantap. Ketika membuat kesimpulan, usahlah terbawa-bawa oleh hawa nafsu yang mencemari keseluruhan karangan.
Perenggan penutup/intiha ini perlu mempunyai 3 ciri utama, yakni kesimpulancadangan, danharapan.  Seperkara lagi, perenggan penutup perlu terdiri daripada 3 jenis ayat: ayat kesimpulan (AKspn), ayat cadangan (ACdgn), dan ayat harapan (AHrpn).
________________________________________________________________